Syarikat utiiti gergasi bersaing untuk projek solar LSS

1 month ago 479

PETALING JAYA: Penganalisis MIDF menjangkakan syarikat gergasi berkemungkinan bersaing untuk mendapatkan projek solar berskala besar (LSS).

Firma penyelidikan itu memaklumkan, dalam ruang pemilikan aset, pihaknya percaya syarikat gergasi dalam sektor utiliti seperti tenaga dan YTL Power berkemungkinan akan menyertai sebagai penjamin dalam konsortium mereka terutama bidaan kapasiti yang lebih besar.

“Salah satu perubahan utama dalam LSS terkini adalah peningkatan had bida kapasiti kepada 500MW (untuk Pakej 3 dan 4) yang merupakan lima kali ganda had sebelumnya (100 megawatt (MW) untuk LSS3 dan 10 kali ganda had 50MW untuk LSS4).

“Kami menganggarkan projek sebesar ini mungkin melibatkan semua perbelanjaan modalnya (Capex) yang besar kira-kira RM1.5 hingga RM2.3 bilion memerlukan kemampuan kewangan yang cukup mencabar,” katanya dalam kenyataan.

Jelas beliau, walaupun begitu, pihaknya mencatatkan, pemenang LSS sebelum ini juga termasuk pemain bukan utiliti dari sektor harta tanah, perladangan dan pembinaan.

“Pemilik tanah boleh menjadi rakan strategik kerana keperluan yang besar untuk tanah, contohnya, ladang solar 500 Megawatt (MW) dianggarkan memerlukan sekurang-kurangnya 1,500 hingga 2,000 ekar tanah.

“Pada titik ini, tidak pasti sama ada pihak berkuasa akan membenarkan lokasi yang banyak untuk setiap LSS,” katanya.

Seperti yang dinyatakan dalam tematik sektor pada Ogos 2023, pemangkin sektor tenaga boleh baharu (RE) di bawah NETR fasa 2, pihaknya menganggarkan pemasangan RE tahunan perlu empat kali ganda kepada sekitar 2GW setahun secara purata sehingga 2050 bagi negara mencapai kapasiti 68GW RE disasarkan menjelang 2050.

Katanya, ini dalam menyokong sasaran NETR untuk mencapai campuran RE 70 peratus menjelang 2050.

“LSS5 adalah lelongan pertama seumpamanya yang melibatkan kapasiti 2GW dalam satu kitaran (dari <1GW dilelong setiap kitaran LSS sebelum ini).

“Kami percaya negara akan berada di landasan yang betul untuk mencapai objektif RE sekiranya momentum ini berterusan pada masa depan,” katanya.

Baru-baru ini, Kementerian Tenaga dan Transformasi Air melalui Suruhanjaya Tenaga (EC) akan menawarkan kuota solar sebanyak 2,000MW melalui proses bidaan yang kompetitif di bawah fasa seterusnya LSS.

Proses pembidaan bagi pusingan kelima LSS atau LSS-Energy Transition SuRiA – LSS5 menyasarkan jumlah kapasiti sebanyak 2,000MWac.

Loji tenaga solar di bawah LSS5 dijadualkan mula beroperasi pada 2026.

Pakej 1 terbuka kepada syarikat atau konsortium yang diperbadankan di Malaysia dengan syarat sekurang-kurangnya 51 peratus pemilikan ekuiti Bumiputera dan telah memperoleh Sijil Status Perusahaan Makro Kecil dan Sederhana (PMKS) daripada SME Corporation Malaysia.

Menurut firma penyelidikan itu, pihaknya berpendapat hasil bidaan boleh diumumkan menjelang akhir tahun.

“Ini akan memberikan pembida yang berjaya masa yang mencukupi untuk penutupan kewangan dan pembinaan loji di tahun kewangan 2025, sebelum COD (komersial tarikh operasi) 2026 seperti yang ditetapkan oleh ST,” katanya.

Jelas MIDF lagi, walaupun baru-baru ini pihaknya menurunkan taraf sektor utiliti kepada neutral memandangkan harga saham yang kukuh prestasi dan penilaian yang diregangkan, mereka masih menyukai subsektor kejuruteraan solar, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) RE sebagai penerima manfaat jangka segera utama inisiatif RE.

“Sebelum tarikh operasi komersial (COD) kilang LSS5 di tahun kewangan 2026, pemain industri akan sibuk dengan pembangunan Projek Kuasa Hijau Korporat (CGPP) yang dijangka mula beroperasi pada tahun kewangan 2025 berdasarkan tarikh akhir COD yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga.

“Sebanyak kapasiti 800MWac telah dianugerahkan di bawah CGPP yang meningkatkan potensi pekerjaan bernilai RM2.4 hingga 3.2 bilion tahun ini.

“Ini adalah dijangka diikuti pembinaan LSS5 di tahun kewangan 2025 berdasarkan kapasiti 2GW yang diperuntukkan, boleh menimbulkan lebih besar RM6 hingga 8 bilon bakal pekerjaan EPCC,” katanya.

Antara pemain utama dalam subsektor EPCC RE ialah Samaiden, Sunview, Pekat, dan Solarvest. Samaiden dinilai sebagai beli dengan harga sasaran RM1.62, Sunview juga dinilai sebagai beli dengan harga sasaran RM0.88, Pekat juga dinilai sebagai beli dengan harga sasaran RM0.68, manakala Solarvest tidak dinilai.

Dalam ruang pemilik aset, kami masih menyukai YTL Power (BELI, TP: RM4.22) untuk potensi pemulihan pendapatan di Wessex Water, pengembangan ke pusat data dan sebagai benefisiari berpotensi LSS5 dan eksport RE. Tenaga (NEUTRAL, TP: RM11.00) dan Ranhill Utilities (Neutral, TP: RM1.07) juga merupakan penerima manfaat berpotensi LSS5 tetapi kami kekal neutral ke atas kedua-dua saham kerana penilaian pada masa ini termaktub dalam sejarah.

LSS5 akan diasingkan kepada empat pakej yang melibatkan bidaan kapasiti 1MWac hingga 500MWac.

Berdasarkan laporan media sebelum ini, pakej 1 memerlukan peruntukan 250MWac yang terdiri daripada solar dipasang bumbung atau tanah dengan julat bidaan kapasiti 1MW-10MWac serta pakej 2 memerlukan parameter yang serupa sebagai Pakej 1, tetapi untuk julat bidaan kapasiti 10MW-30MWac.

Selain itu, pakej 3 memerlukan peruntukan 1000MWac yang lebih besar untuk solar bumbung atau tanah yang dipasang dengan julat bidaan kapasiti 30MW hingga 500MWac, manakala, pakej 4 memerlukan Peruntukan 500MWac untuk solar terapung dengan julat bidaan kapasiti 10MW500MWac. – UTUSAN

Read Entire Article