Majida ligat berniaga selepas menerima manfaat pembiayaan AIM

1 month ago 35

BUKIT MERTAJAM: Sambutan hangat daripada pembeli mendorong pengusaha Meerda Enterprise, Majida Ibrahim 54, untuk menghasilkan karipap sejuk beku bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ini berkata, beliau mula menjual karipap goreng dan pelbagai jenis kuih di gerai jalanan di Bukit Mertajam setelah berhenti kerja kilang pada tahun 1999.

Dengan bantuan kewangan AIM, Majida membeli peralatan memproses karipap untuk memulakan perusahaan dari rumahnya.

“Selain bantuan dalam bentuk pembiayaan mudah, saya juga mengikuti bengkel dianjurkan AIM, menjadikan minat untuk menceburi perniagaan secara serius semakin mendalam dan mendorong saya untuk cuba pasarkan produk karipap pusing sejuk beku.

“Kini, saya telah menyewa sebuah kedai sebagai bengkel bagi mengusahakan perniagaan karipap sejuk beku serta katering berskala kecil,” kata beliau yang juga merupakan Sahabat Usahawan AIM yang telah mendapat Pensijilan Halal dari JAKIM selepas mengikuti Program Road to Halal (RTH) di bawah bimbingan AIM.

Ekoran sambutan memuaskan jelasnya, produknya sama ada yang bergoreng atau sejuk beku turut mendapat tempahan di kedai runcit, pasaraya, restoran, ejen peniaga dan penjual kuih.

Tambahnya, produk-produk yang dikeluarkannya mempunyai keistimewaan yang tersendiri berbanding jenama lain.

“Tempahan akan lebih besar terutamanya menjelang musim perayaan, ini kerana karipap pusing Meerda mempunyai kerangupannya yang tersendiri, kekal tahan lama dan tidak berminyak serta tidak menggunakan bahan pengawet.

“Kami menawarkan pelbagai pilihan iaitu inti kentang lada hitam, inti kentang kari, inti sardin, inti ayam, dan inti daging serta dijual pada harga berpatutan RM6 ke RM8 bagi setiap paket yang mengandungi 10 biji karipap,” jelasnya.

Bagi yang berminat untuk tempahan boleh menghubungi Majida di talian 010-534 9575 atau halaman media sosial Karipap Pusing di Facebook. – UTUSAN

INFO

NAMA: Majida Ibrahim
PERNIAGAAN: Karipap pusing sejuk beku
NEGERI: Pulau Pinang/Perlis
NO. TEL: 010-5349575

Read Entire Article