Kebenaran permit import beras Thailand manfaat 7.2 juta ahli koperasi

3 weeks ago 34

KOTA BHARU – Kelulusan permit mengimport beras dari Thailand dijangka memberi manfaat kepada 7.2 juta ahli koperasi di negara ini sekali gus meningkatkan kadar perolehan dalam sektor tersebut.

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, ia salah satu usaha yang digerakkan Angkasa untuk membantu ahli koperasi mendapatkan bekalan makanan asas dengan mudah.

Menurutnya, sehubungan itu, pihaknya sedang menunggu keputusan daripada pihak kerajaan berkait kelulusan permit mengimport beras dari Thailand.

“Angkasa sebelum ini telah memanjangkan hasrat tersebut kepada Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick selepas mengadakan perbincangan dengan pihak koperasi baru-baru ini.

“Saya berharap menteri dapat membincangkan perkara tersebut dengan Menteri Koperasi Thailand pada persidangan Asia Pasifik yang sedang berlangsung di Jordan ketika ini,”katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Negeri (MAN 2024) Kelantan di sebuah hotel, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article