Am : Uda Rai Pelajar Asnaf, Sumbang Zakat Wakalah Rm23,400

1 month ago 55

AM

Ketua Pegawai Operasi Pembangunan Hartanah Kumpulan UDA Holdings Berhad (UDA) Noor Azmi Salleh bergambar bersama pelajar-pelajar asnaf yang menerima sumbangan pada Majlis Sinar Ramadan UDA 2024 @Kuantan di sini hari ini. --fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

Ketua Pegawai Operasi Pembangunan Hartanah Kumpulan UDA Holdings Berhad (UDA) Noor Azmi Salleh berucap pada Majlis Sinar Ramadan UDA 2024 @Kuantan di sini hari ini. --fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUANTAN, 4 April -- Ketua Pegawai Operasi Pembangunan Hartanah Kumpulan UDA Holdings Berhad (UDA) Noor Azmi Salleh menyampaikan sumbangan kepada adik Sufi S Safari, 10, (kanan) pada Majlis Sinar Ramadan UDA 2024 @Kuantan di sini hari ini. --fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

Ketua Pegawai Operasi Pembangunan Hartanah Kumpulan UDA Holdings Berhad (UDA) Noor Azmi Salleh (berdiri empat, kanan) menyampaikan sumbangan pada Majlis Sinar Ramadan UDA 2024 @Kuantan di sini hari ini. --fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

Ketua Pegawai Operasi Pembangunan Hartanah Kumpulan UDA Holdings Berhad (UDA) Noor Azmi Salleh (berdiri dua, kanan) menyampaikan sumbangan pada Majlis Sinar Ramadan UDA 2024 @Kuantan di sini hari ini. --fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUANTAN, 4 April (Bernama) -- UDA Holdings Berhad (UDA) agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) hari ini meraikan 80 pelajar asnaf dengan sumbangan zakat wakalah berjumlah RM23,400 dalam Majlis Sinar Ramadan UDA 2024 @ Kuantan, di sini. 

Ketua Pegawai Operasi Pembangunan Hartanah Kumpulan UDA Noor Azmi Salleh berkata program yang dilaksanakan saban tahun itu disalurkan menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) UDA Cares yang prihatin terhadap pelajar berkenaan. 

"Saya berharap semoga sumbangan zakat ini dapat memberi keceriaan kepada mereka dalam menyambut Aidilfitri yang menjelang tiba. Semoga rezeki yang dikongsi ini dapat mengukuhkan perpaduan dan seterusnya menyumbang kepada kekuatan ummah," katanya. 

Mengulas lanjut, beliau berkata inisiatif itu juga selari dengan penjenamaan UDA: LIFE iaitu ‘Legasi’, ‘Integrasi’, ‘Ketelitian’ dan ‘Memperkasa’ serta fokus UDA bagi meningkatkan taraf kehidupan agar dapat mewujudkan komuniti yang sejahtera terutamanya di wilayah pembangunan dan perniagaan agensi itu. 

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Sinar Ramadan UDA 2024 @ Kuantan yang turut dihadiri Ketua Pegawai Operasi UDA Land (East) Sdn Bhd Che Omar Shahuddin Mohamad. 

Selain diraikan dalam majlis berbuka puasa yang meriah, penerima yang terdiri daripada pelajar Sekolah Kebangsaan Sungai Soi dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Soi di sini menerima duit raya RM250 setiap orang. 

Sebelum ini, UDA turut menyalurkan sumbangan zakat wakalah lebih RM42,000 yang memanfaatkan seramai 141 anak-anak asnaf di Johor dan Melaka dengan secara keseluruhannya, UDA telah menyumbang RM65,700 agihan zakat wakalah kepada 221 pelajar asnaf di tiga wilayah perniagaan UDA termasuk di Kuantan.

Sementara itu, Noor Azmi memaklumkan projek Pelindung Heights di Teluk Cempedak mempunyai keluasan tanah berkeseluruhan 22.25 hektar (55 ekar) merupakan projek yang sedang dilaksanakan oleh UDA Land (East) Sdn Bhd di Pahang. 

Beliau berkata pembangunan projek ini akan dilaksanakan mengikut fasa iaitu Pelindung Heights Fasa 1B Pakej 3 yang merangkumi 16 unit rumah berkembar dua tingkat sedang dibangunkan.

Selain itu, projek Pelindung Heights Fasa 1B Pakej 4 yang akan menempatkan 12 unit rumah berkembar dua tingkat dalam peringkat perancangan selain baki komponen pembangunan seperti banglo, kedai pejabat, apartment dan hotel akan dibangunkan pada Fasa 2 hingga Fasa 7.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

Kata Kunci

Berita Berkaitan

Lagi Berita

Read Entire Article